Wednesday, December 22, 2010

Tempat Jalan-jalan Cari Makan


1) KUBAH RIA 

New Kubah Ria Kuching yang masih baru dan dibina di tepi sungai. Tempat ni memang best kerana banyak stall yang dibina dengan cukup teratur dan bersih. Menu yang ada juga pelbagai dan terpulang kepada anda untuk memilih hidangan kegemaran anda. Apa yang menarik juga disamping gerai makanan terdapat juga kedai-kedai seperti kedai kek lapis, pakaian dan aksesori sehinggakan salon2 kecantikan pun ada =)











Mengikut pengalaman tempat ni memang best untuk lepak-lepak sambil makan terutamanya bersama keluarga. Berhadapan dengan bangunan, ada sungai. Cukup cantik, terutamanya di waktu malam. Setakat yang kami alami sendiri servis di sini memang cukup baik dan pantas. Cubalah bertandang sendiri ke sini untuk menikmati makanan kesukaan anda.


2) RUMAH HIJAU CAFE










Ingin mencuba Nasi Ayam Penyet? Menu kegemaran ramai pastinya menjadi pilihan. Untuk mencubanya bolehlah bertandang ke Green House Cafe atau Rumah Hijau Cafe yang terletak di Jalan Satok, Kuching. Nasi Ayam Penyet yang disediakan di cafe ini adalah antara pilihan utama para pelanggan. Disamping itu banyak lagi menu-menu istimewa yang boleh anda cuba di sini.













Kelebihan lain cafe ini ialah susunatur dan suasana yang tenang ketika menikmati juadah anda. Namun demikian mungkin anda terpaksa pusing keliling sedikit mencari tempat untuk meletak kenderaan anda dan berhadapan dengan para pengunjung yang ramai terutamanya ketika peak hour. Justeru kesabaran anda memang amat-amat diperlukan =)







* sedang dalam proses update

No comments:

Post a Comment